Community Empowerment Fasa 1 Daerah Song Perjelas Pematuhan SOP Sambutan Hari Gawai

ISNIN, 31 MEI 2021

SONG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Song dan Community Policing Daerah Song baru-baru ini telah turun padang untuk menganjurkan Community Empowerment Fasa 1 Daerah Song.

Program berkenaan telah danjurkan di kawasan rumah panjang dan penempatan sepanjang Jalan Temalat, sepanjang Jalan Embuau, Jalan Takan dan perkampungan berhampiran.

Taklimat telah disampaikan oleh petugas dari pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah Song, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PDRM yang dipecahkan dalam dua kumpulan.

Kumpulan pertama diwakili Wilie Wilson Awan (Pegawai Tadbir), Andy Whelan Sigan (Pegawai KKM), Sarjan Rahman Sheron (PDRM) dan Meripis Buda (Pejabat Daerah Song).

Manakala kumpulan kedua diwakili Harry Don Bosco (Pegawai Tadbir), Koperal Andras Ujai Lunggan (PDRM), Engkiau Garing (Pejabat Daerah Song) dan wakil dari KKM.

Antara lain, program itu bertujuan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk rumah panjang untuk menerangkan SOP Gawai Dayak dengan norma baru dan SOP PKPB.

Ia juga bertujuan memberi tanggunjawab kepada KMKK dan JKKK bagi melaksanakan SOP dan norma hidup baru di rumah panjang dan perkampungan bagi menangani wabak COVID-19 ini.

Selain itu, program ini juga dijadikan kempen dalam menggalakkan orang awam yang belum mendaftar pengambilan vaksin untuk mendaftar menggunakan borang yang disediakan.

Setiap pasukan terlibat telah mengedarkan risalah dan flyers mengenai SOP Gawai Dayak, norma baru dan flyers ‘Jom Daftar Vaksin’ keluaran UKAS dan KKM. – EDISI UKAS

Share

add comment