Individu Hadiri Majlis Pengkebumian Di Mukah Dan Tanjong Manis Diminta Hubungi Pejabat Kesihatan Daerah

ISNIN, 31 MEI 2021

MUKAH: Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah memohon mana-mana individu yang telah menghadiri dua majlis pengkebumian di Mukah dan Tanjong Manis baru-baru ini untuk berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah.

Ia selepas Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah mengesan beberapa kes positif COVID-19 daripada dua majlis tersebut.

Dua majlis tersebut adalah Majlis Pengkebumian di Rumah Rimong Kilat, Ulu Sungai Sebakong, Daerah Mukah bermula dari 19 Mei 2021 hingga 21 Mei 2021.

Manakala satu lagi majlis pengkebumian di Rumah Mut Merom @ Bohom, Stalon, Daerah Tanjong Manis bermula dari 12 Mei 2021 hingga 15 Mei 2021.

Talian untuk dihubungi ialah PKB Mukah: 013-8245078/084-873302; PKD Dalat: 019-6032849/019-6032849; PKD Matu: 010-2845587/084-832466l PKD Daro: 017-8599641/084-823744 dan PKD Tg Manis: 019-6034210/084-815612.

Mana-mana individu dari daerah lain yang telah menghadiri majlis tersebut juga dimohon untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah yang berdekatan. – EDISI UKAS

Share

add comment