IRSDA Tinjau Pelaksanaan Projek Naik Taraf Fasiliti Gunung Ruai, Sebuyau

ISNIN, 31 MEI 2021

SEBUYAU: Gunung Ruai di Sebuyau merupakan salah satu tempat menarik yang boleh menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai untuk berkunjung ke kawasan tersebut.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pelancongan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) bersama Pejabat Daerah Kecil Sebuyau memantau projek menaik taraf fasiliti Gunung Ruai baru-baru ini.

Projek tersebut menelan kos sebanyak RM1 juta melibatkan kerja-kerja seperti pembinaan ‘billboard’, pusat peniaga dan pendaftaran atau pejabat di kaki gunung, menaik taraf anak tangga, tempat rehat dan tandas serta ‘viewing area’.

Diharapkan projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin dengan kerjasama semua pihak.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau, Ajis Ahmad.-EDISI UKAS

Share

add comment