Jabatan Penerangan Daerah Limbang Laksanakan Hebahan “Info On Wheel” Berkaitan Pelaksanaan PKP

ISNIN, 31 MEI 2021

LIMBANG: Sarawak telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 Mei hingga 11 Jun 2021. 

Sehubungan itu, Jabatan Penerangan Daerah Limbang telah melaksanakan hebahan “Info On Wheel” bagi memaklumkan pelaksanaan PKP kepada orang ramai di Kampung Medamit. 

Tujuannya adalah untuk mengingatkan dan menyeru kepada setiap lapisan masyarakat setempat khususnya di Daerah Limbang agar berdisiplin untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah penjagaan kebersihan diri seperti meningkatkan amalan 3W yang merangkumi kerap mencuci tangan (wash), memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam atau bergejala(wear) dan amaran amaran dari KKM yang lebih berkonsepkan peringatan (warn).

Masyarakat turut diingatkan untuk mengelak “3S” iaitu kawasan yang sesak, sempit dan elak sembang dengan jarak yang dekat.

Usaha berterusan dan tanggungjawab semua pihak adalah perlu dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment