ISNIN, 31 MEI 2021
BAU: Seramai 429 individu lagi menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di sini pada Ahad.
Rata-rata penerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac itu membabitkan golongan warga emas dan individu yang mempunyai sejarah penyakit.
Dimaklumkan pemberian vaksin untuk penerima dos pertama pada fasa kedua ini akan diteruskan pada 4 dan 5 Jun depan.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat daerah Bau itu diadakan di Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak.-EDISI UKAS