Orang Ramai Berpuas Hati Proses Pemberian Vaksin Di PPV Eastwood

ISNIN, 31 MEI 2021

MIRI: Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau telah lawatan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Eastwood pada Ahad.

Beliau turut diberikan penerangan oleh pegawai kesihatan yang bertugas mengenai perjalanan keseluruhan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang kini sedang memasuki Fasa Kedua.

Dalam lawatan itu, beliau juga sempat meluangkan masa bertanyakan khabar dan melihat sendiri perjalanan proses pemberian vaksin COVID-19. 

Seramai 600 orang warga emas dan golongan rentan menerima suntikan vaksin COVID-19 mengikut temu janji dan datang menerima suntikan dos kedua. 

Kebanyakan ahli keluarga dan penerima vaksin COVID-19 ini berpuas hati dengan keseluruhan proses pengambilan vaksin COVID-19 di PPV Eastwood ini. 

Turut sama mengiringi Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang. -EDISI UKAS

Share

add comment