Orang Ramai Patuh SOP Di Serian

ISNIN, 31 MEI 2021

SERIAN: Pasaraya, premis makanan, bank dan pasar basah merupakan lokasi hangat yang akan menjadi tumpuan orang ramai apabila hampir musim perayaan di sini.

Namun dalam tinjauan pada Ahad mendapati keadaan dan suasana di bandar Serian tidak sesak serta pemilik premis dan orang ramai mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Selain itu, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan penguatkuasa Majlis Daerah Serian (MDS) turut melakukan pemeriksaan dan tinjauan bagi memastikan tidak ada pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di situ.-EDISI UKAS

Share

add comment