Patuhi SOP Gawai, Sambut Gawai Dengan Selamat

31 MEI 2021

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion berkata, meminta masyarakat Dayak di Sarawak meraikan sambutan Hari Gawai Dayak pada tahun ini dalam suasana keriangan, kegembiraan dan kesihatan yang baik semasa pandemik COVID-19. 

Katanya, hanya dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan pada perayaan Gawai ini membuatkan diri kita rasa selamat dan menyambutnya dengan gembira. 

“Sila patuhi SOP yang ditetapkan agar perayaan ini dapat kita sambut selamat dan penuh kegembiraan. 

“Semoga sambutan pada hari ini juga membawa keriangan dan kemakmuran kepada anda semua seisi keluarga,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam perutusan sambutan Hari Gawai 2021 pada Isnin. -EDISI UKAS

Share

add comment