Pejabat Daerah Sri Aman Giat Pantau SOP Sambutan Hari Gawai Dayak

ISNIN, 31 MEI 2021

SRI AMAN: Pejabat Daerah Sri Aman giat melaksanakan pemantauan dengan kerjasama Pasukan Petugas Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sambutan Hari Gawai Dayak, pada Ahad.

Dalam tinjauan tersebut, keadaan rumah panjang di sekitar kawasan Stumbin, Tanjung Bijat dan Bakong agak lengang.

Ini susulan tuai-tuai rumah tidak menggalakkan anak buah masing-masing pulang menyambut Hari Gawai.

Selain itu, penduduk rumah panjang juga mengambil inisiatif melakukan sekatan jalan masuk ke kawasan kampung dan mengenakan denda RM500 bagi mereka yang ingkar dengan arahan tersebut.

Dalam pada itu, poster SOP sambutan Hari Gawai turut diedarkan dan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) bagi meningkatkan kesedaran penduduk.

Ini merupakan tindakan yang wajar dicontohi dan kerjasama daripada tuai rumah amat memuaskan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di kawasan rumah panjang.–EDISI UKAS

Share

add comment