Penduduk Di Rumah George Ijus, Sungai Kejaman Terima Bantuan Makanan Dan Barangan Keperluan Bayi

ISNIN, 31 MEI 2021

BARAM: Sebanyak 271 pek makanan, 154 kota air mineral, dua paket susu dan dua paket lampin pakai buang telah diagihkan kepada penduduk di Rumah George Ijus, Sungai Kejaman pada Sabtu.

Kesemua bantuan ini adalah untuk tempoh dua minggu bagi meringankan beban penduduk yang tidak boleh keluar selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Mereka dikenakan PKPD berkuatkuasa pada 27 Mei hingga 10 Jun 2021 ekoran terdapatnya kontak rapat kes positif COVID-19. 

Bantuan telah diagihkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri dengan menggunakan pengangkutan air. -EDISI UKAS

Share

add comment