Penduduk Di Ulu Teru, Tinjar Terima Bantuan Makanan Dan Barangan Keperluan Bayi

ISNIN, 31 MEI 2021

BELURU: Lima buah kawasan di Daerah Beluru menerima bantuan makanan pada Ahad selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Rumah Mathew Sigat, Rumah Abok Jabu, Rumah Kalong Anak Goh, Sekolah Kebangsaan (SK) Pengarah Enteri dan  Klinik Kesihatan Ulu Teru dalam Daerah Beluru dikenakan PKPD berkuatkuasa 28 Mei hingga 10 Jun 2021 disebabkan terdapat kontak rapat kes positif COVID-19. 

Penghantaran makanan telah dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri dan antara yang menerima ialah Rumah Mathew Sigat, Ulu Tera sebanyak 25 pek makanan, 4 paket susu bayi dan 5 paket lampin pakai buang, Rumah Abok Jabu, Ulu Teru menerima 41 pek makanan, 8 paket susu bayi dan 7 paket lampin pakai buang dan Rumah Kalong Goh, Ulu Teru menerima 57 pek makanan, 8 paket susu bayi dan 7 paket lampin pakai buang. 

Turut menerima bantuan ialah SK Pengarah Enteri, Ulu Teru yang menerima 4 pakei makanan, dua paket susu bayi dan dua paket lampin pakai buang, dan Klinik Kesihatan Ulu Teru menerima 4 paket makanan, dua paket susu bayi dan dua paket lampin pakai buang. 

Bantuan makanan dan keperluan bayi ini adalah untuk meringankan beban penduduk dan cukup untuk dua minggu. -EDISI UKAS

Share
0