Penduduk Mukah Terus Patuh SOP PKP

ISNIN, 31 MEI 2021

MUKAH: Penduduk di Mukah kini amat memahami konsep serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil tinjauan pada Ahad mendapati premis perniagaan yang disenaraikan tidak dibenarkan beroperasi telah ditutup.

Selain itu, walaupun berbaris panjang di beberapa premis perniagaan, orang ramai masih mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Tiada pembelian panik berlaku di dalam premis pasaraya dan keadaan trafik juga lengang.-EDISI UKAS

Share

add comment