Penduduk Rumah Panjang Perlu Fahami SOP Sambutan Hari Gawai Dayak

ISNIN, 31 MEI 2021

SRI AMAN: Kesedaran mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) amat penting bagi membendung penularan jangkitan wabak COVID-19 khususnya semasa menyambut perayaan.

Oleh itu, satu edaran risalah mengenai SOP Gawai Dayak 2021 kepada penduduk di Rumah Hearold Kampung Sealantik Ili dan ke rumah panjang dalam Daerah Pantu telah dilakukan pada Ahad.

Dalam pada itu, ketua kampung juga memainkan peranan dengan memberi taklimat kepada penduduk di rumah panjang bagi menyampaikan mesej kerajaan mengenai garis panduan berkenaan.

Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Hearold Kampung Sealantik Ili juga melakukan sekatan di pintu masuk kampung bagi mengawal kemasukan orang luar.-EDISI UKAS

Share

add comment