PKPD: Dua Rumah Panjang Terima Bantuan Makanan

ISNIN, 31 MEI 2021

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii baru-baru ini menyumbang bantuan bekalan makanan kepada penduduk di dua buah rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini.

Sumbangan tersebut berbentuk barangan makanan seperti beras, gula, minyak masak, mi segera, telur ayam, milo, garam dan tepung gandum.

Mewakili beliau, Penghulu Huang Tiong Kang telah menghantar bantuan untuk diagihkan kepada 10 pintu iaitu 36 penduduk Rumah Panjang Sabah, Sungai Selangan dan 18 pintu iaitu 103 di Rumah Panjang Garai, Sungai Minus.

Ketika ditemui, Tuai Rumah Sabah dan Tuai Rumah Garai merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Sri Huang atas sumbangan yang diberikan. – EDISI UKAS

Share

add comment