ISNIN, 31 MEI 2021
MIRI: Seorang kakitangan dari Perkhidmatan Sarawak, UTC Miri telah diuji positif COVID-19 pada Isnin.
Sehubungan itu, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri dalam kenyataan medianya pada Isnin memaklumkan UTC Miri akan ditutup pada 31 Mei 2021 untuk kerja-kerja sanitasi dan ditutup 1 dan 2 Jun 2021 sempena perayaan Gawai.
Kesihatan dan keselamatan pelanggan serta kakitangan UTC Miri menjadi keutamaan dan menggesa semua orang untuk mengambil langkah berjaga-jaga sendiri untuk melindungi diri daripada COVID-19.
UTC Miri akan beroperasi semula pada 3 Jun 2021, Khamis. -EDISI UKAS