25 Buah Kampung Terima Peruntukan MRP ADUN Kabong

SELASA, 1 MEI 2021

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir telah menyalurkan sejumlah RM75,000 menerusi peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 25 buah kampung di sini.

Bantuan tersebut diserahkan kepada ketua-ketua kampung terbabit di Pusat Khidmat ADUN Kabong secara berperingkat bagi mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Peruntukan ini merupakan antara aktiviti tahunan yang diadakan untuk keseluruhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan DUN Kabong.-EDISI UKAS

Share

add comment