SELASA, 1 JUN 2021
TINJAR: Sebanyak tiga buah rumah panjang di Ulu Teru, Tinjar dalam Daerah Beluru menerima bantuan makanan pada Isnin.
Bantuan makanan ini susulan daripada Rumah Henry Gomes, Rumah Takang Ngadang dan Rumah Rendah Ramba dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa pada 28 Mei hingga 10 Jun 2021 ekoran terdapatnya komtak rapat kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan.
Rumah Henry Gomes di Kampung Mission menerima 82 pek makanan, lima paket susu dan lampin pakai buang.
Manakala, Rumah Takang Ngadang di Kampung Empelam menerima 16 pek makanan dan satu paket lampin dan lampin buang.
Turut menerima, Rumah Rendah Ramba di Kampung Matek yang menerima 16 pek makanan.
Sumbangan makanan ini adalah bertujuan meringankan beban penduduk yang tidak dapat keluar membeli makanan sepanjang tempoh dua minggu PKPD. EDISI UKAS