5 Lokasi Sekatan Jalan Raya Di Miri Sepanjang PKP

SELASA, 1 JUN 2021

MIRI: Sebanyak lima Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan di sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Miri berkuatkuasa 1 Jun 2021.

Perkara ini dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang juga merupakan Pengerusi Keselamatan JPBB Miri Superintenden Mohd. Sabri Zainol dalam menerusi kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat yang diadakan secara zoom pada Isnin. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam kenyataan media pada Isnin berkata, keputusan ini telah dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang juga merupakan Pengerusi Keselamatan Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBB) Bahagian Miri Superintenden Mohd. Sabri Bin Zainol mesyuarat secara zoom Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBB) Bahagian Miri pada Isnin.

“Antara lima lokasi SJR yang dilaksanakan di Daerah Miri ialah SJR Jalan Miri By-Pass (Lampu Isyarat), SJR Jalan Datuk Edward Jeli (Ng Sian Hap@Kenyalang Supermarket), SJR Jalan Miri – Lutong (Bulatan GK Supermarket), SJR Jalan Bintulu-Miri (Hadapan Balai Polis Trafik Miri) dan SJR Jalan Bakam (Lampu Isyarat Jalan Luak Bay),” katanya. 

Dalam pada itu, JPBB Miri juga turut menggariskan individu atau kumpulan individu yang dibenarkan keluar semasa pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang dikuatkuasakan pada 29 Mei 2021.

“Individu atau kumpulan individu yang dibenarkan untuk keluar maksud melaksanakan apa-apa tugas rasmi, menyediakan apa-apa perkhidmatan perlu (essential services) atau melaksanakan tugasnya berhubung dengan apa-apa perkhidmatan perlu (essential services), mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, membeli makanan, keperluan harian atau ubat/penokok diet, membuat urusan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan (essential services) dan temu janji untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

“Manakala, Individu atau kumpulan individu adalah tidak dibenarkan berada di kawasan awam mulai jam 10:00 malam hingga 5:00 pagi tanpa alasan yang munasabah atau berkumpul di kawasan awam melebihi tiga orang tanpa alasan yang munasabah. 

“Selain itu, individu yang berisiko tinggi adalah tidak digalakkan keluar rumah manakala kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak tanpa alasan yang munasabah,” tambah kenyataan itu lagi. 

JPBB Miri juga mengingatkan orang ramai untuk terus kekal waspada dan sentiasa mematuhi aspek SOP pencegahan COVID-19 secara ketat. 

Turut sama menyertai Mesyuarat JPBB Miri secara zoom ialah Pengerusinya yang juga Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf. -EDISI UKAS

Share

add comment