Dewan Pembangunan Sebuyau Akan Diguna Sebagai PPV COVID-19

SELASA, 1 JUN 2021

SEBUYAU: Dewan Pembangunan Sebuyau akan digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau yang akan dijadualkan bermula pada 8 Jun ini.

Mengikut perbincangan ahli Jawatankuasa Kerja PPV DUN Sebuyau 2021 yang dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Sebuyau, Ajis Ahmad, pemilihan lokasi tersebut merupakan tempat yang sesuai untuk penduduk kawasan bagi menerima suntikan vaksin.

Jawatankuasa tersebut yang terdiri dari Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Klinik Kesihatan Sebuyau, Pusat Khidmat DUN Sebuyau dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) telah membuat tinjauan persediaan ke tempat pusat itu pada Isnin.

Pemberian suntikan vaksin itu nanti dengan kapasiti penerima vaksin seramai 600 orang sehari diberi akan memberi keutamaan kepada warga emas dan golongan rentan iaitu yang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai penyakit kronik.

Untuk makluman, senarai nama penerima vaksin nanti akan dimaklumkan oleh KMKK dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di kampung masing-masing.-EDISI UKAS