Gawai Norma Baharu Erat Semangat Kekeluargaan

SELASA, 1 JUN 2021

BALINGIAN: Meskipun disambut dalam norma baharu kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemeriahan perayaan Hari Gawai tetap terasa.

Bagi Mariana Musa dari Rumah Kilan Puak, sambutan Hari Gawai tetap meriah dan bermakna kerana ia peluang untuk mengukuhkan kekeluargaan bersama suaminya, Mat Dullah lebih-lebih lagi terpaksa meraikannya di bilik sendiri dan tidak dibenarkan Ngabang.

Beliau bagaimanapun memahami langkah ini terpaksa diambil bagi memutuskan penyebaran wabak Covid-19 di kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam komuniti rumah panjang.

Ketika ditemuramah UKAS pada Selasa, beliau berharap semoga rakyat lebih memahami dan menghargai makna sebuah kekeluargaan dan menggunakan sebaiknya peluang tersebut dalam tempoh begini.

Dalam pada itu, tinjauan UKAS di beberapa lokasi sekitar Balingian mendapati kebanyakan rumah panjang tidak membenarkan penduduk dari luar untuk menziarah di rumah panjang mereka. – EDISI UKAS

Share

add comment