SELASA, 1 JUN 2021
KUCHING: Hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat Dayak tetap terjalin walaupun sambutan Hari Gawai hanya diraikan di kalangan keluarga terdekat sahaja
Menteri Muda Perdagangan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais dalam ucapan bersempena Gawai Dayak berharap sambutan berkenaan tetap meriah dalam keadaan norma baharu.
“Sambutan Hari Gawai hanya diraikan dalam kalangan keluarga sebilik dan tiada aktiviti Ngabang diadakan bagi mematuhi garis panduan sambutan Hari Gawai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya berharap hubungan silaturahim di kalangan masyarakat Iban tetap terjalin erat sambil memastikan setiap keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan dan jiran sekampung yang tersayang kekal selamat daripada ancaman virus COVID-19,” katanya.
Beliau menambah, pengumuman BKSS 6.0 oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bukti keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjamin ekonomi rakyat terus stabil.-EDISI UKAS