Jabatan Penerangan Daerah Lawas Teruskan Hebahan Pelaksanaan SOP PKP

SELASA, 1 JUN 2021

LAWAS: Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Lawas telah meneruskan hebahan kepada orang awam berkenaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

Pada Isnin, Unit Bergerak JAPEN Lawas telah melakukan hebahan awam SOP PKP di Kampung Long Tuma, Kampung Long Sebangang dan Kampung Tok Dayang. 

Mesej disampaikan secara hebahan umum atau spot announcement dari kampung ke kampung dengan menggunakan kenderaan. 

Ia bertujuan supaya masyarakat setempat maklum dan faham serta mematuhi peraturan SOP yang dikuatkuasakan dan mengelakkan dikenakan kompaun atau saman. -EDISI UKAS

Share
0