SELASA, 1 JUN 2021
MIRI: Pasar Malam SABERKAS akan ditutup semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini selepas pasar malam telah termasuk dalam senarai aktiviti yang tidak dibenarkan untuk beroperasi di bawah garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.
Penutupan ini berkuat kuasa serta-merta mulai 31 Mei 2021 sehingga diberitahu kelak.
Perkara ini dimaklumkan Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam kenyataan media pada Isnin.
Turut ditutup Wireless Walk dan BBQ Stall di Tamu Pujut Corner. -EDISI UKAS