Pasar Central Miri Ditutup Sehingga 13 Jun 2021

SELASA, 1 JUN 2021

MIRI: Penutupan operasi Pasar Central Miri dilanjutkan sehingga 13 Jun 2021 selama 14 hari bermula 31 Mei ini. 

Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam kenyataan media pada Isnin berkata, penutupan Pasar Pusat Miri di Jalan Brooke ini dilanjutkan selepas mendapat arahan daripada pihak berkuasa kesihatan di Miri.

Dalam pada itu, MBM juga meminta setiap pengusaha dan pemilik gerai di Pusat Central Miri melakukan ujian calitan COVID-19 dan menjalani kuarantin diri di rumah selama dua minggu.

Ini untuk memastikan mereka benar-benar bebas daripada jangkitan COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment