PDRM, RELA Matu Adakan SJR Di Pengkalan Feri Batang Igan

SELASA, 1 JUN 2021

IGAN: Pihak PDRM dan RELA Matu berganding bahu mengadakan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Pengkalan Feri Batang Igan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SJR telah bermula sejak 30 Mei lalu manakala SOP rentas Daerah yang bermula 1 Jun 2021 (Selasa) memerlukan pengguna jalanraya memohon permit atas urusan yang dibenarkan sahaja.

Anggota PDRM yang bertugas memberitahu UKAS, setakat ini tiada pengguna jalanraya yang melanggar SOP dan semua membawa permit hanya untuk tujuan yang dibenarkan.

Menurut krew feri Igan, Su’ut Syawal, operasi feri agak perlahan sejak SJR dilaksanakan.

Katanya, berdasarkan catatan, hanya kira-kira 25 kenderaan sahaja yang menggunakan feri pada Selasa sejak awal pagi sehingga jam 12 tengahari tadi.

SJR ini akan diteruskan sehingga tamat tempoh PKP nanti. – EDISI UKAS

Share

add comment