Pejabat Daerah Miri Pantau Pelaksanan Pematuhan SOP Gawai

SELASA, 1 JUN 2021

MIRI: Sempena sambutan perayaan Gawai pada Selasa, Pejabat Daerah Miri telah mengadakan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Gawai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah rumah panjang dalam kawasan Miri Sibuti.  

Menurut Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Miri, Edward Tawang, pemantauan ini diadakan ini bagi memastikan setiap Tuai Rumah dan penduduk rumah panjang mematuhi serta mempratikan SOP Gawai yang ditetapkan. 

Sebanyak 5 buah rumah panjang iaitu Rumah Panting Dok, Rumah Lambor Joseph, Rumah Jarek Kelambu, Rumah Ampik Batu Lapan Lambir, Rumah Samin Itoh dan juga beberapa buah kampung di sekitar Jalan Lambir dan Lusut.

“Kita turun padang ke setiap rumah panjang dan memaklumkan kepada Tuai Rumah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berhubung dengan SOP Gawai yang perlu dipatuhi dan diikuti

“Didapati penduduk rumah panjang memberi kerjasama yang baik dan mengikut  SOP yang ditetapkan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya semasa ditemui dalam Pemantauan SOP Gawai di bawah Program ‘Community Policing’ 2021 pada Selasa.

Hasil pemantauan juga mendapati Tuai Rumah dan JKKK turut memainkan peranan dalam memastikan setiap penduduk rumah panjang jagaan masing-masing sentiasa mengikuti garis panduan dan mematuhi arahan SOP Gawai.

Dalam lawatan tersebut, turut diedarkan poster SOP Gawai kepada Tuai Rumah dan JKKK bagi memperingati SOP Gawai yang perlu dipatuhi dan diikuti.

Selain itu, penduduk rumah panjang juga mengambil inisiatif melakukan sekatan jalan masuk ke kawasan kampung dan mengenakan denda RM3,000 bagi orang luar yang ingkar dengan arahan tersebut.

Turut sama hadir Penghulu Randi Elon dan Pemanca Alexander Isut. -EDISI UKAS

Share
0