Program ‘Info On Wheels’ Dedah Program Vaksinasi COVID-19, SOP Gawai Kepada Penduduk Di Lundu

SELASA, 1 JUN 2021

LUNDU: Pihak Jabatan Penerangan Daerah Lundu telah mengadakan Program ‘Info On Wheels’ di beberapa kampung dalam Daerah Lundu pada Selasa dengan nasihat dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lundu.

Antara kampung-kampung yang telah dimasuki bagi tujuan hebahan awam itu adalah Kampung Batang Embang, Kampung Klaoh, Kampung Gerunggang, Kampung Sungai Lundu dan Pekan Lundu.

Hebahan umum tersebut merangkumi makluman berkenaan pendaftaran serta gesaan untuk penduduk mendapatkan vaksin dan makluman prosedur operasi standard (SOP) Gawai di Kampung Sileng Dayak bersempena dengan perayaan Hari Gawai.

Selain hebahan umum, risalah dan poster mengenai vaksin COVID-19 juga diedarkan kepada penduduk setempat.-EDISI UKAS