Sambut Perayaan Bersama Ahli Keluarga Serumah: Julaihi Narawi

SELASA, 1 JUN 2021

KUCHING: Seperti perayaan yang lain, ini merupakan tahun kedua masyarakat Iban  menyambut perayaan dalam keadaan pandemik COVID-19 melanda negara.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi dalam ucapannya bersempena Hari Gawai Dayak memberitahu, semua orang perlu memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Biarlah kali ini kita menyambut perayaan ini bersama ahli-ahli keluarga serumah sendiri sahaja bagi mengelakkan penularan COVID-19. 

“Adalah menjadi doa dan harapan saya sekeluarga agar kita semua terpelihara dan terhindar daripada pandemik Covid-19 ini.

“Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik,” ujarnya.

Di kesempatan itu, beliau dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak kepada semua masyarakat Dayak Sarawak yang menyambutnya. – EDISI UKAS