SJR Di Bandar Sarikei bermula 1 Hingga 14 Jun 2021

SELASA, 1 JUN 2021

SARIKEI: Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sarikei akan melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa lokasi di Bandar Sarikei bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Berberapa lokasi telah dikenalpasti ialah Jalan Rentap, Kampung Seberang Sarikei, Jalan Masjid Baru (hadapan Masjid Al-Mutaqqin), Jalan Getah, Jalan Repok (hadapan SK St Anne, Jalan Meranti/Jambatan Nyelong Sarikei, Jalan Repok (hadapan SMK Tinggi dan KM12 Jalan Utama Sarikei-Saratok (Jakar).

Pihak PDRM akan membuat SJR sepanjang masa (24 jam) yang dibahagikan kepada empat syif oleh anggota Polis dan dibantu oleh Rela.

Selain itu pihak PDRM juga akan terus memantau dan menjalankan rondaan berkala dari masa ke semasa di kawasan Bandar, Jalan Utama, Taman Perumahan dan kampung-kampung bagi memastikan semua SOP dipatuhi.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya ada yang melanggar peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Semua langkah dan tindakan ini adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan dan keselamatan rakyat dari penularan Covid-19.

PDRM Sarikei menasihatkan orang ramai agar berada di rumah masing-masing dan jangan keluar jika tiada urusan yang penting. – EDISI UKAS

Share

add comment