7 Kompaun Dikeluarkan Di SJR Jebungan

RABU, 2 MEI 2021

MUKAH: Sebanyak tujuh kompaun telah dikeluarkan sepanjang pemantauan di Sekatan Jalanraya (SJR) Simpang Tiga Jebungan, Mukah sehingga jam 3 petang pada Isnin.

Sejumlah enam kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan membawa penumpang iaitu melebihi dua orang termasuk pemandu  di dalam kereta serta satu kompaun bagi kesalahan tiada permit pergerakan antara daerah

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias ketika ditemui memberitahu penguatkuasaan yang lebih ketat akan terus dilaksanakan termasuk mengeluarkan kompaun ke atas individu yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya aktiviti ziarah sepanjang sambutan Hari Gawai Dayak tetap tidak dibenarkan dan pasukan pemantau daripada IPD Mukah yang bergerak 24 jam akan sentiasa memastikan perkara tersebut tidak berlaku.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP dan elakkan untuk melakukan pergerakan keluar rumah sekiranya tiada perkara yang mustahak.-EDISI UKAS

Share

add comment