PBB Balingian Sumbang Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

RABU, 2 JUN 2021

BALINGIAN: Mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Lintang Balingian dan Kampung Mateding Kecil Balingian baru-baru ini menerima bantuan sumbangan PBB N.58 Balingian.

Sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi dalam majlis ringkas pada Selasa.

Katanya, sumbangan hasil kutipan derma PBB N.58 Balingian itu diharap dapat meringankan beban mangsa yang terbabit.

Senarai penerima di Kampung Lintang, Balingian yang berlau pada 12 Mei lepas ialah Majedah Ahmad (6 penghuni, 100% terbakar), Jaidah Jimi (2 penghuni, 100% terbakar), Mahdar Ahmad Sunik (3 penghuni, 100% terbakar), Juni Amin (6 penghunj, 40% terbakar) dan Alus Sumar (1 penghuni, 10% terbakar).

Manakala mangsa kebakaran di Kampung Mateding Kecil, Mukah yang berlaku pada 17 Mei ialah Sahari Morshidi (7 penghuni, 100% terbakar).

Sementara itu, Abdul Yakub sempat meninjau persiapan di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Balingian yang telah disediakan secara bergotong royong oleh CITF Mukah.

PPV Klinik Kesihatan Balingian akan mula beroperasi pada 4 Jun 2021, Jumaat ini untuk 100 orang penerima di sekitar Balingian. – EDISI UKAS

Share

add comment