Penduduk Kampung Beladin Jalani Kuarantin Terima Bantuan Makanan

RABU, 2 JUN 2021

PUSA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong telah mengagihkan sebanyak 500 beg bakul makanan kepada penduduk Kampung Beladin yang menjalani kuarantin selama dua minggu di rumah ekoran daripada penularan wabak Covid-19.

Bantuan ini bagi mengurangkan beban penduduk yang menjalani kuarantin dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 10 petugas daripada JKM Bahagian Betong dan beberapa anggota RELA telah dilantik untuk mengurus proses agihan bantuan tersebut mengikut SOP yang telah ditetapkan dan ia akan diteruskan pada Khamis bagi yang belum menerima.

Sebelum ini, JKM Bahagian Betong juga telah mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 390 rumah penduduk Kampung Hilir Beladin semasa kampung tersebut di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Proses agihan berjalan dengan lancar di Dewan Masyarakat Kampung Beladin mengikuti SOP yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

Share

add comment