Pusat Khidmat PBB Kuala Rajang Salur Bantuan Makanan Kepada Penduduk Dikuarantin

RABU, 2 JUN 2021

BELAWAI: Pusat Khidmat PBB N.41 Kuala Rajang pada Selasa telah mengagihkan 55 set bantuan makanan kepada penduduk Kampung Stalun yang dikuarantin bermula 27 Mei 2021 ekoran pandemik Covid-19 yang menular di kawasan berkenaan.

Meskipun tidak berkesempatan berada di kawasan pada minggu ini, Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh telah mengarahkan pasukan pusat khidmat beliau untuk bergerak bagi menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.

Sejak Mac yang lepas sehingga hari ini, sejumlah 751 keluarga  yang terjejas akibat pandemik Covid-19 telah menerima bantuan makanan bagi kawasan sekitar Zon Tanjung Manis dan 139 keluarga bagi Zon Sarikei.

Datu Len berharap bantuan yang diagihkan sedikit sebanyak meringankan beban penerima sambil menasihatkan rakyat agar menjaga SOP serta bekerjasama memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Beliau malah menegaskan peranan ketua-ketua kaum dan tuai-tuai rumah amat penting bagi memastikan semua rakyat di bawah jagaan mereka mendapat bantuan bagi yang benar-benar memerlukan. – EDISI UKAS

Share

add comment