Pusat Sehenti COVID-19 Beroperasi Mengikut Jadual Ditetapkan

RABU, 2 JUN 2021

KUCHING: Pusat Sehenti COVID-19 yang diwujudkan di Bahagian Kuching telah memulakan operasi sejak 3 Mei lalu bagi menangani penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Komandan di pusat tersebut, Dr Cheong Yaw Liang memberitahu, orang awam yang memerlukan perkhidmatan ujian saringan di pusat tersebut diingatkan untuk datang mengikut masa operasi yang ditetapkan.

Justeru, ketika ditemui di pusat tersebut pada Rabu, beliau berkesempatan menekankan mengenai masa operasi pusat itu.

“Masa operasi pusat ini bagi hari Isnin hingga Jumaat adalah dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang manakala bagi Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum adalah dari pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari.

“Pukul 12 kita akan hentikan kereta yang terakhir dan akan menghabiskan ujian saringan mankala bagi yang tidak sempat, mereka perlu datang pada hari esok. 

“Sekiranya kita tidak beri petugas barisan hadapan masa untuk rehat, saya rasa mereka tidak akan tahan terlalu lama. 

“Para petugas barisan hadapan perlu diberikan peluang mendapatkan rehat dan mempersiapkan diri untuk meneruskan perjuangan kerana perjalanan masih jauh jadi semua rakyat mesti faham,” katanya.

Dalam pad itu beliau turut memberitahu, pihaknya kini sedang mengusahakan untuk menambah laluan bagi mempercepatkan proses ujian saringan di situ.-EDISI UKAS

Share
0