3 SJR Di Daerah Lawas, Penduduk Patuhi SOP PKP

KHAMIS, 3 JUN 2021

LAWAS: Sebanyak tiga lokasi kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) telah diadakan bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara kawasan itu ialah di Jalan Merapok, Jalan Trusan dan Jalan Punang yang merupakan jalan utama menghubungkan penempatan penduduk ke bandar Lawas.

SJR ini bertujuan memastikan pematuhan prosedur Operasi Standard (SOP) PKP berkaitan had dalam kapasiti kenderaan dan tujuan mengekang dan memutuskan rantaian virus COVID-19.

Sepanjang pelaksanaan SJR yang dibantu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), orang ramai mematuhi arahan SOP PKP yang ditetapkan dan hanya keluar rumah apabila perlu sahaja. -EDISI UKAS

Share
0