ADUN Simunjan Serah Sumbangan Kepada Petugas Barisan Hadapan

KHAMIS, 3 JUN 2021

SIMUNJAN: Petugas barisan hadapan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) berhampiran Jambatan Batang Sadong, Asajaya dan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Kampung Tanjung Kelaso menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua PBB Zon Rangawan, Rafendy Ariffen bagi mewakili ADUN Simunjan pada Rabu.

Sementara itu, Rafendy memberitahu, wakil rakyat mereka (Awla Dris) amat menghargai jasa para petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang masa dalam usaha membantu kerajaan memutuskan penularan pandemik COVID-19.

Beliau menyatakan ADUN juga mengingatkan komuniti di DUN Simunjan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan usaha kerajaan memerangi wabak berkenaan tercapai.

Sebelum ini, penduduk Kampung Tanjung Kelaso yang terdiri daripada seramai 450 orang daripada 86 keluarga telah menjalani arahan PKPD sejak 28 Mei lalu sehingga 10 Jun 2021.

Selain itu, terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari UNIMAS juga menyumbangkan barang-barang seperti, susu tepung untuk bayi, lampin pakai buang dan dua paket milo hasil derma orang perseorangan kepada penduduk terlibat. -EDISI UKAS

Share

add comment