Kawalan Ketat Di Kampung Daerah Tebedu Sebagai Langkah Berjaga-Jaga

KHAMIS, 3 JUN 2021

TEBEDU : Ketua Kaum, Tuai Rumah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pichin, Kuhum,Tesu Kura diminta melakukan pemantauan di dalam kampung masing-masing bagi memastikan tiada pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh penduduk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Selain itu, Sekatan Jalan Raya (SJR) turut giat dijalankan oleh pihak RELA bagi mengawal pergerakan keluar masuk di kampung tersebut.

Dalam masa yang sama pemasangan Banner juga dilaksanakan di setiap lokasi strategik kampung berkenaan sebagai tanda amaran, peringatan untuk berwaspada serta langkah berjaga-jaga. -EDISI UKAS

Share

add comment