Kekerapan Kehadiran Buaya Di Kampung Pekan Merapok Membimbangkan Penduduk

KHAMIS, 3 JUN 2021

LAWAS: Kehadiran buaya di Kampung Pekan Merapok bukan pertama kali, tetapi kerap berlaku sehingga menimbulkan kegusaran keselamatan di kalangan penduduk tempatan. 

Kelihatan seekor buaya yang dilihat selalu naik dan berjemur di tebing sungai berhampiran rumah penduduk mencetuskan kebimbangan. 

Lebih membimbangkan apabila buaya yang besar itu telah beberapa kali dilihat membaham anjing di kampung itu. 

Malah, ada kalanya buaya ini menampakkan diri di bawah rumah penduduk yang berdekatan tebing terutama apabila air pasang. 

Menurut penduduk, pernah suatu ketika buaya itu melanggar tiang jambatan kecil ketika penduduk sedang memancing sehingga bergegar. 

Sehubungan itu, penduduk kampung menggesa pihak berkuasa  mengambil tindakan segera ke atas buaya ini sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. -EDISI UKAS

Share
0