Penduduk Tarik Nafas Lega Jalan Di Bukit Demaring Telah Disimen

KHAMIS, 3 JUN 2021

LONG SEMADOH: Penduduk yang tinggal di Long Beluyu kini telah menarik nafas lega apabila jalan di kawasan Bukit Demaring sepanjang 1 kilometer telah disimen sepenuhnya. 

Kerja-kerja menaik taraf jalan bersimen itu telah dilaksanakan Samling yang diberikan tanggungjawab menaik taraf jalan raya persisiran kampung hingga ke Ba’kelalan sejak beberapa bulan lepas dan kini telah siap sepenuhnya.

Sebelum ini jalan di Bukit Demaring ini merupakan satu-satunya jalan raya yang berbukit sepanjang satu kilometer yang belum disimen dan sukar dilalui ketika musim hujan walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda. 

Keadaan ini telah memberikan kemudahan kepada penduduk di kawasan Ba’kelalan, Long Beluyu dan Long Semadoh untuk bergerak dengan menggunakan kenderaan. -EDISI UKAS

Share

add comment