Premis Perniagaan Pekan Di Sebuyau Patuh SOP

KHAMIS,3 JUN 2021

SEBUYAU: Pasukan pemantauan terdiri daripada Majlis Daerah Simunjan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA terus memperhebatkan penguatkuasaan pemantauan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Pekan Sebuyau pada Rabu.

Hasil pemantauan mendapati tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan, kedai runcit mencapai kira-kira 98 peratus pematuhan.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah kedai runcit, persekitaran tempat letak kereta, jalan kampung dan tempat awam.

Pemantauan ini bagi memastikan orang awam sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta nasihat dan amaran kepada mereka yang didapati tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Sehubungan itu, orang ramai terus dinasihati agar terus berada di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting bagi membantu memutuskan rantaian COVID-19.-EDISI UKAS

Share

add comment