KHAMIS, 3 JUN 2021
DALAT: Pemilik premis perniagaan di sekitar Pekan Dalat mematuhi ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Tinjauan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sekitar pekan itu pada Khamis mendapati premis perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi tutup kerana mematuhi SOP PKP.
Manakala premis perniagaan yang beroperasi turut menyediakan QR Code MySejahtera dan alat pengimbas suhu untuk pelanggannya.
Pelanggan juga mematuhi SOP dengan menggunakan pelitup mulut dan hidung serta mengamalkan penjarakan sosial. – EDISI UKAS