Program Vaksinasi Covid-19 Daerah Song Berjalan Lancar

KHAMIS, 3 JUN 2021

SONG: Warga emas, mereka yang mempunyai penyakit kronik dan orang awam antara penerima dos pertama suntikan vaksin sempena Program Vaksinasi Covid-19 Daerah Song yang diadakan pada Khamis.

Sebanyak 145 dos vaksin jenis Sinovac dibekalkan kepada penerima dalam program yang berjalan lancar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song.

Pemberian dos kedua akan dilaksanakan pada 24 Jun nanti dengan penerima disarankan agar kekal mematuhi SOP walaupun sudah menerima vaksin tersebut.

Program vaksinasi di Song akan diteruskan namun bergantung kepada vaksin yang dibekalkan. – EDISI UKAS

Share

add comment