Residen Bahagian Limbang Terima Sumbangan Komputer Riba

KHAMIS, 3 JUN 2021

LIMBANG: Sebanyak 14 buah komputer riba telah disumbang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang  kepada Pejabat Residen Bahagian Limbang. 

Sumbangan telah diterima Residen Bahagian Limbang yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang dan  Ketua COVID-19 Immunization Task Force (CITF) Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Residen Bahagian Limbang pada Rabu. 

Komputer riba ini akan digunakan bagi membantu dan memudahkan urusan pendaftaran, pelaporan dan merekod data dan info di setiap Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) di Daerah Limbang. 

Ketika ini Progam Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua  yang melibatkan warga emas dan golongan rentan sedang diadakan di beberapa buah PPV di seluruh negara termasuk di Daerah Limbang. 

Pada Jun ini, Progam Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Ketiga akan dilaksanakan dengan pemberian vaksin kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. 

Di DUN Bukit Kota PPV terletak di Dewan Suarah Limbang dan Stadium Tertutup Limbang, dan di DUN Batu Danau di Dewan Masyarakat Medamit dan Pusat Kebudayaan Bisaya di Kampung Batu Danau.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang dan Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said. -EDISI UKAS

Share

add comment