Sarawak Heart Foundation Taja Oxygen Concentrator Untuk Jabatan Paediatric Hospital Sibu

KHAMIS, 3 JUN 2021

SIBU: Sarawak Heart Foundation telah menyumbang seunit Oxygen Concentrator untuk kegunaaan Jabatan Paediatric Hospital Sibu.

Penyerahan sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi merangkap ADUN Nangka, Dr Annuar Rapaee di Hospital Sibu pada Khamis.

Dalam hantaran facebooknya, Dr Annuar turut berterima kasih kepada Pemanca Daerah Sibu dan Pengarah Urusan Pansar Berhad, Datuk Jason Tai Hee di atas tajaan tersebut.

Dalam majlis sama, YB Dr Annuar yang juga Muda Perumahan dan Kesihatan Awam turut meninjau kemajuan pembinaan Fever Clinic and Respiratory Zone Hospital Sibu bersama Pengarah Hospital Sibu.

Zon itu nanti akan mengasingkan pesakit A&E sebab demam dan masalah respiratory dari pesakit kecemasan yang lain dan ianya mempunyai empat bay untuk melakukan ujian calitan. – EDISI UKAS

Share

add comment