Sarawak Sokong Penuh Tindakan Kerajaan Persekutuan Panggil Duta Besar Republik Rakyat China

KHAMIS, 3 JUN 2021

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyokong penuh tindakan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan termasuk memanggil Duta Besar Republik Rakyat China untuk memberi penjelasan mengenai pencerobohan udara yang berlaku baru-baru ini.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan media pada Khamis menjelaskan, TUDM telah mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia.

Kejadian ini berlaku di ruang udara Luconia Shoals yang terletak berhampiran 110KM pesisir pantai Sarawak.

Kerajaan Negeri berpendapat, tindakan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan itu adalah wajar bagi memastikan ia  tidak berulang pada masa akan datang untuk melindungi serta menegakkan kedaulatan, martabat dan integriti negara.-EDISI UKAS

Share
0