SJR Tambahan Didirikan Di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu

KHAMIS, 3 JUN 2021

SIBU: Dalam usaha memperhebatkan kawalan pergerakan antara penduduk Sibu dan penduduk Sibu Jaya, satu lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) akan dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran bulatan Sibu/Bintulu.

Langkah itu diambil selepas keputusan mesyuarat pada 31 Mei lepas selain selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 Jun ini.

SJR tersebut telah bermula pada Rabu dari jam 8 pagi dengan petugas berkawal selama 24 jam mengikut shif.

Setiap penugasan shif terdiri daripada 1 PKP dan 4 PRP (gabungan pegawai/anggota dari bahagian/cawangan balai).

Lokasi SJR didirikan kawasan pembahagi jalan dua hala agar kedua-dua hala jalan dapat disekat dan diambil tindakan lebih kurang 500 meter dari bulatan Sibu/Bintulu.

Orang ramai yang hendak ke Selangau harus memohon permit polis memandangkan penetapan zon telah dilakukan (Zon Sibu dan Zon Selangau).

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak keluar jika tidak ada urusan penting dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

Share

add comment