200 KMKK, Warga Emas Hadir Mendapatkan Vaksin Dos Pertama Di Matu

ISNIN, 4 MEI 2021

MATU: Seramai 200 orang penerima telah hadir bagi mendapatkan vaksin COVID-19 semasa Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Fasa 2 untuk dos pertama yang diadakan di Dewan Suarah Matu pada Jumaat.

Penerima terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Matu, warga emas dan juga orang awam.

Program berjalan dengan lancar dan tamat sekitar jam 12.30 tengahari.

Penerima turut mezahirkan rasa syukur dan bersedia untuk mendapatkan suntikan vaksin untuk dos kedua yang akan datang.-EDISI UKAS

Share

add comment