ADUN Meradong Santuni Petugas Barisan Hadapan

JUMAAT, 4 MEI 2021

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing turun padang bagi menyalurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan pada Jumaat.

Inisiatif itu sebagai sokongan beliau kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras membendung penularan wabak COVID-19 di Daerah Meradong.

Antara penerima (insert IG) ialah Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Klinik Kesihatan Bintangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dan Pejabat Rela Daerah Meradong.

Dalam pada itu, Datuk Ding menyifatkan petugas barisan hadapan sebagai wira negara dan pengorbanan mereka perlu dihargai terutamanya dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini.-EDISI UKAS

Share

add comment