ADUN Stakan Sumbang Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kampung Jawa Semenggok

JUMAAT, 4 JUN 2021

KUCHING: Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud menyerahkan sumbangan kepada kira-kira 36 ketua isi rumah di Kampung Jawa Semenggok, Batu 12 di sini, pada Khamis.

Penyerahan bantuan tersebut diagihkan kepada wakil penerima yang disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Stakan, Mohd Ainnie Wahab.

Dalam pada itu, Datuk Amar Mohammad berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban penduduk dan menyeru masyarakat setempat agar terus memberikan kerjasama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang PKP bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 khususnya di kawasan DUN Stakan. –EDISI UKAS

Share

add comment