Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi Serah Bantuan Makanan BKSS 6.0 Di DUN Pantai Damai

JUMAAT, 4 JUN 2021

SANTUBONG: Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) merangkap Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi  menyempurnakan Program Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan DUN Pantai Damai, pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memberitahu, bantuan tersebut merupakan inisiatif kerajaan Sarawak melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg baru-baru ini.

Penerima bantuan adalah melibatkan Ketua Isi Rumah (KIR) B40 daripada 43 buah kampung termasuk taman perumahan di kawasan DUN Pantai Damai berdasarkan senarai yang diberikan oleh ketua kaum.

Selain itu, beliau turut menasihatkan setiap lapisan masyarakat untuk tidak keluar daripada rumah tanpa urusan penting dan terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. –EDISI UKAS

Share

add comment